Khamis, 4 Jun 2020

Pustaka Salik - Pemimpin Ibadah Suluk Terawal Di Raub Pahang



"Pemimpin Ibadah Suluk Terawal Di Raub Pahang"

Nama lengkap tokoh sufi dan Khalifah Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah yang berakhlak mulia ini ialah Al-Marhum Syeikh Haji Umar Bin Haji Muhammad Bin Tun Sulong Bin Tun Surati Bin Tun Jenal yang lahir pada tahun 1860. Beliau sebenarnya berdarah keturunan bangsawan iaitu dari nasab Raja Bendahara Pahang yang berhijrah ke Batu Pahat, Johor. Syeikh Haji Umar berasal dari Parit Ju atau Parit Abdul Rahman, Mukim Empat, Batu Pahat, Johor. 

Beliau menerima pelajaran, asuhan dan didikan Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah dari Wali Allah Syeikh Abdul Wahhab Rokan sewaktu gurunya tersebut datang ke Batu Pahat, Johor, pada tahun 1888 dan Beliau juga adalah Khalifah tertua kepada Syeikh Abdul Wahab Rokan. (Semoga Allah Rahmati Roh Auliya) 

Syeikh Haji Umar mula mengajarkan Tareqat Naqshabandiyyah Khalidiyyah dan memimpin suluk pada tahun 1910 di Kampung Durian Sebatang, Mukim Gali, Raub, Pahang. Tindakan dan usaha beliau mendapat galakan dan sokongan dari Tengku Kudin bin Tengku Abdul Samad iaitu Penghulu Mukim Gali masa itu. Malah mendapat keizinan dari KDYMM Sultan Ahmad melalui Mufti pahang Syeikh Haji Usman Haji Senik dan Orang Kaya Imam Perang Indera Mahkota Haji Abdul Halim bin Jaafar. Kerancakan aktiviti Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah ini bertambah meriah apabila keluarga Penghulu Mukim Gali pertama Raja Abdul Samad Bin Tengku Muda dan anaknya Tengku Kudin Penghulu Mukim Gali kedua , Mengambil Baiah Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah pada 1914.

Syeikh Haji Umar mempunyai ramai murid dari kalangan pegawai agama dan orang kenamaan. Murid-murid beliau yang dilantik menjadi khalifah melebihi seratus orang.

Diantara anak muridnya ialah :

1. Tuan Guru Imam Haji Ishaq Raub
2. Imam Luqman Bin Haji Umar - Anaknya
3. Tuan Guru Haji Ziyadi Bin Haji Salim - Kadi daerah Raub yang ke 3
4. Tuan Guru Haji Muhammad Salih Bin Haji Umar
5. Tuan Guru Haji Abdul Wahab Bin Haji Muhammad Siddiq Bin Haji Salim
6. Tuan Guru Kiyai Haji Othman Bin Haji Mohd Amin

Antara muridnya yang paling rapat dengan beliau adalah Tuan Haji ishaq , Setelah hampir tujuh tahun mempelajari serta mengamalkan tarekat dan beberapa kali menjalani suluk di bawah bimbingan dan asuhan Syeikh Haji Umar , Tuan Hj. Ishaq telah diangkat sebagai khalifah serta diizinkan pula mengajar Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah oleh beliau pada 22 Zulhijjah, tahun 1353 hijrah (1934) di Surau Suluk Kubu, Durian Sebatang, Raub, Pahang. Pada waktu itu umur beliau adalah lebih kurang 25 tahun. Walau bagaimanapun Sheikh Haji Umar telah meninggal dunia dua tahun kemudian iaitu pada tahun 1936 (1355 H.) dan jenazah beliau dimakamkan di perkuburan khas Durian Sebatang, Mukim Gali, Raub, Pahang.

Tempat Sheikh Haji Umar sebagai pemimpin Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah telah digantikan oleh anaknya iaitu Imam Luqman bin Haji Umar. Sehubungan dengan itu sebuah surau suluk telah didirikan di kampung Lepar, mukim Gali, Raub, dengan persetujuan Tengku Abdul Hamid bin Tengku Kudin. Tengku Abdul Hamid adalah merupakan penghulu yang ke empat bagi mukim Gali dan juga ketua kampung Durian Sebatang. Imam Luqman telah memimpin perjalanan Tarekat Naqshabandiyyah di Raub lebih kurang 44 tahun. Imam Luqman kemudiannya meninggal dunia pada tahun 1980 dan tempatnya sebagai pemimpin tarekat dan suluk digantikan oleh anaknya iaitu Tuan Haji Abdullah bin Luqman dengan dipimpin bersama oleh Tuan Haji Abdullah Sani bin Abu Uthman iaitu menantu kepada Sheikh Haji Umar.

Selain dari Imam Luqman, terdapat seorang lagi murid serta khalifah kepada Shaikh Haji Umar yang menggantikan beliau sebagai pemimpin Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah selepas kewafatan beliau itu, iaitu Tuan Ziyadi bin Haji Salim. Beliau adalah merupakan kadi daerah Raub yang ke tiga, menggantikan Tuan Haji Muhammad Arif. Sebelum itu, ayahanda beliau, Tuan Haji Salim bin Haji Abdul Manan, juga merupakan seorang kadi di Raub, malah merupakan kadi yang pertama di daerah tersebut. Tuan Haji Ziyadi ini memimpin suluk di kampung Pintu Padang dan juga kampung Gali Tengah, mukim Gali, Raub. Selepas beliau meninggal dunia, tempat beliau sebagai pemimpin suluk Tarekat Naqshabandiyyah telah diambil alih oleh salah seorang murid beliau iaitu Imam Haji Tambi.

Manakala Tuan Haji Ishaq pula, setelah hampir 30 tahun selepas beliau diizinkan mengajar Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah oleh guru beliau itu, barulah beliau mula memimpin suluk. Suluk pertama yang dipimpin oleh beliau itu berlaku pada tahun 1964 di surau kampung Ajai, Raub, Pahang. Selepas itu beliau mendirikan rumah tempat bersuluk yang boleh menampung 500 orang salik. Beliau telah dibantu dan diberi tunjuk ajar oleh dua orang khalifah Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah yang lain yang juga merupakan murid kepada Shaikh Haji Umar iaitu Tuan Haji Muhammad Salih bin Haji Umar dan Tuan Haji Abdul Wahab bin Haji Muhammad Siddiq bin Haji Salim.

Syeikh Haji Umar diriwayatkan mempunyai beberapa karomah kurniaan Allah Taala . Diantara yang mahsyur :-

Pada suatu ketika, seorang daripada murid Syeikh Haji Umar yang juga pemegang kunci masjid telah terjatuhkan anak kunci pintu masjid secara tidak sengaja ke dalam perigi. Lalu hal ini diberitahu kepada Syeikh Haji Umar. Terus Syeikh Haji Umar dengan segera mendatangi perigi yang dimaksudkan lalu dikacau-kacaunya permukaan air perigi dengan jari telunjuknya seumpama mengacau air di dalam cawan. Dengan izin Allah sebentar kemudian anak kunci yang tenggelam itu pun timbul ke permukaan.

Syeikh Haji Umar meninggal dunia ketika berusia 76 tahun (1936) dan jenazahnya dimakamkan di perkuburan khas Durian Sebatang, Mukim Gali, Raub, Pahang.

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin


Ahad, 5 April 2020

Pustaka Salik - Apa Yang Anda Dapat Jika Bertarekat?


Pendahuluan Soalan yang dipilih sebagai tajuk artikel ini adalah merupakan soalan yang mengandungi sindiran yang sangat tajam dari majoriti masyarakat Islam yang beranggapan sangat negatif terhadap tariqat dan para pengamalnya bagi mereka tariqat adalah amalan rekaan golongan sufi; pengamal tarekat diyakini oleh mereka sebagai golongan yang membuang masa kerana beramal dengan amalan yang nyata salahnya, tidak dapat apa-apa kebaikan, kecuali kesesatan, fasik, berdosa besar, syirik, dimurkai Allah dan sebagainya.

Untuk menolak pelbagai anggapan salah tersebut, kami para pengamal tarekat tetap mengimankan bahawa tariqat tasawuf telah disyariatkan oleh Allah dan menjadi sunnah dan akhlak nabi SAW. zahir dan batinnya

lanya merupakan satu disiplin madrasah kerohanian yang sempurna dari berbagai aspeknya sejak zaman Rasulullah SAW lagi. Al-Quran dan Sunnah yang menjadi sumber utamanya ada menghidangkan pelbagai dalil yang disertai dengan contoh pengamal dan pelbagai hikmah yang Allah kumakan.

Sebab itu seseorang Islam yang menolak tarekat tasawuf secara total boleh jadi kafir. Syeikh Abd Wahab asy Sya'rani (w.974 HJ mengingatkan masyarakat Islam dengan katanya:

إياك أن تقول إن الطرق الصوفية لم يأت بها كتاب ولا سنة فإنه كفر فإنها أخلاق محمدية ظاهرها وباطنها

Maksudnya: "Awas, anda jangan bercakap sesungguhnya tariqat-tariqat para ulamak tasawuf itu tidak terdapat pun dalilnya dalam al-Quran dan sunnah cakap anda demikian itu boleh menjadi kufur sesungguhnya tariqat-tariqat itu adalah akhlak nabi Muhammad SAW; zahir dan batinnya"

Ahli tariqat tasawwuf akan dikurniakan oleh Allah pelbagai kebaikan dan hikmah yang sangat jarang sekali Kadir) boleh diterima oleh mereka yang tidak bertariqat. Dalam artikel ini penulis senaraikan secara objektif lebih dari 15 hikmah atau kelebihan yang Allah kurniakan kepada ahli tarekat:


1. SESEORANG YANG BERTARIQAT DIWAJIBKAN BERGURU KEPADA SEORANG ARIF BILLAH YANG MEMENUHI SEMUA SYARAT-SYARAT MENJADI SEORANG GURU YANG DIGELARKAN DENGAN GELARAN SYEIKH MURSYID.

Antara syaratnya yang terpenting syeikh mursyid tersebut mesti mempunyai salasilah yang bersambungan hingga sampai kepada Rasulullah SAW, diakui oleh guru sebagai seorang khalifah yang telah layak melakukan pelbagai tugas zahir dan batin dalam semua usaha kepimpinannya terhadap para murid dan telah dapat keizinan daripada gurunya. Demikian juga disyaratkan seorang syeikh mursyid mestilah mempunyai ilmu dan kefahaman yang mencukupi di bidang al-Quran dan Sunnah.

Syeikh Jirjani (w.816 H) mendefinisikan Syeikh Mursyid:

الطبيب الروحاني هو الشيخ العارف بذلك بكمالات القلوب وأفاتها وأمراضها وأدواتها وكيفية حفظ صحتها وأعتدالها) القادر على الإرشاد والتكميل

Maksudnya: "Doktor rohani itu ialah syeikh yang anif tentang ilmu perubatan iaitu ilmu mengenai sifat sifar kesempurnaan hati pelbagai perkara yang merosakkan atau yang membahayakannya, pelbagai penyakitnya, pelbagai ubat-ubatannya, cara menjaga kesihatannya dan keseimbangan hati doktor tersebut boleh memberikan asuhan hati dan menyempurnakan asuhan hati tersebut." (Kitab at-Ta'rifaath. 182)

Syeikh mursyid tersebut memainkan peranan penting untuk memberi bimbingan di bidang

1. Ta'lim (menyampaikan ilmu dan kefahaman)

2. Tarbiyyah (menerapkan ilmu dalam bentuk amal dan akhlak) 

3. Tarqiyyah (Peningkatan):-

a) Peningkatan ahwal qalbiyyah (hal keadaan hati) dan moqomat qalblyyah (maqamat qalbiyyah) daripada mazmumah kepada mahmudah.

b) Peningkatan kaedah mengenal Allah dari tingkat sama'i (menggunakan dua dalil iaitu aqli dan naqli ) ke fingkat zauqi (dangan dalil yang dimusyahadahkan olen pandangan hati) atau dari peringkat syariat menggunakan akal ke fingkat hakikat menggunakan hati.

c) Peningkatan ilmu dan kefahaman tauhid dari limu ke tingkat ma'ritah.

d) Gelaran dari seorang alim ke tingkat arif billah

Tarqiyyah tersebut kadang-kadang disebut dangan istilah irsyad dan takmil.

Dalam ilmu tariqat tasawuf bukan hanya golongan mereka yang kurang ilmu sahaja yang wajib mempunyai  Syeikh mursyid. Seorang alim besar yang terkenal ilmunya sekalipun wajib  bergunu dengan seoiang Syeikh Mursyid.

Mencari guru ada satu kewajipan, kerana seseorang mukmin tidak akan sunyi daripada menghadapi berbagai kerosakan keadaan hati dan sifat-sifat tercela. Hanya nabi dan rasul-rasul sahaja yang maksum. Seorang mukmin mesti mecari guru mursyid di daerah tinggalnya dan dalam negerinya.  Sekaranya dalam daerah dan negerinya tidak ada, maka wajib dia mencari quru mursyid di luar negaranya. Demikian pandangan setengah sufiyyah. Malahan Syekh at-Tayyibi menegaskan jika sekiranya ibu bapanya menghalang untuk mencari guru maka halangan tersebut boleh diabaikan.

Imam al-Ghazali (w. 505H) yang telah bergelar Hujahtul Islan mendapat bimbingan dari Syekhnya iaitu Syeikh Yusuf Nassaj at-Tusi. Sultan ulama' Izzudin Ibnu Abdul Salam (w. 660H) menjadikan Syekh  Abu Hasan al-Syadhilly (w. 656H) sebagai syeikhnya. Imam Saiyuti (w. 911H)  menjadikan Syeikh Fakhruddin ar-Razi (w. 606H) berguru dengan Syeikhnya Najmuddin al-Kubra (w. 618H)

Begitulah kita dapati ramai ualama' terkenal tetap dapat bimbimgan syeikh mereka masing-masing bila mereka belajar dan beramal dengan tarekat tasawuf. Sebaliknya mereka yang tidak bertarikat tidak dikurniakan oleh Allah Syeikh Mursyid

Dari sudut ini kita nampak satu perbezaan yang jelas antara mereka yang bertariqat dengan yang tidak bertariqat. Orang yang tidak bertariqat hanya akan dapat ta'lim dan tarbiyyah. Oleh kerana itu mereka tetap kekal di peringkat syariat sahaja

Sebaliknya mereka yang bertariqat disebabkan mereka dapat tarqiyyah menerusi pimpinan syeikh mursyidnya, maka mereka yang bertariqat ditingkatkan oleh Allah dari tingkat syariat kepada tingkat hakikat ,dapat mengenal Allah secara zauqi dan dapat musyahadah terhadap Allah.

2. AHLI TARIQAT DAPAT PELUANG KEEMASAN UNTUK MENGGUKUHKAN DAN MERAPATKAN NASAB MA'NAWI DENGAN RASULULLAH S.A.W. SEHINGGA DIANGGAP MENJADI AHLIL-BAYT MA'NAWI RASULULLAH SAW.

Nasab ma'nawi dianggap lebih penting berbanding dengan nasab hissi atau keturunan darah. Allah berfirman yang ditujukan kepada nabi Nuh AS:

ونادي نوح ربة فقال رب إن ابني من اهلي
قال يا نوح إنه ليس من أهلك إنه عمل غير صالح فلا تسالنما ليس لك به علم إني أعظم أن تكون من الجاهلين 

Maksudnya: Dan nabi Nuh AS menyeru Tuhannya (Allah), maka ia berkata, sesungguhnya anak lelakiku adalah ahliku. Allah berfirman: wahai Nuh sesungguhnya anak lelakimu itu bukan ahlimu, sesungguhnya dia telah melakukan amalan yang tidak soleh."Surah Hud, ayat 45-46

إنما يريد الله ليذهب عنكم الرجس 
أهل البيت ويطهركم تطهيرا

Maksudnya "Hanya sesungguhnya Allah sentiasa mahu menghapuskan kekotoran zahir dan batin kamu serta membersihkan kamu sebersih-bersihnya wahai ahlil-bayt". 
Surah al Ahzat, ayat 33

Sesetengah ahli tariqat tasawuf menggunakan ayat di atas sebagai dalil secara isyari iaitu jika ahlil-bayt hissi atau keturunan darah Nabi SAW dibersih dan disucikan zahir dan batin mereka maka tentulah ahlul-bayt ma'nawi baginda SAW lebih utama untuk dibersihkan

Ada hadith menyebutkan bahawa Salman al-Farisi adalah ahlul bayt Nabi SAW.

سلمان منا أهل البيت

Maksudnya "Salman adalah daripada kami, dia adalah ahli-bayt."


3. AHLI TARIQAT AKAN DIKURNIAKAN OLEH ALLAH MENJADI APA YANG DIISTILAHKAN TIFLUN MA'NAWIYYUN ATAU BAYI MA'NAWI MENERUSI MEKANISMA TARQIYYAH DARIPADA SYEIKH MURSYIDNYA.

Setengah Orang sufi mengingatkan kita dengan kata kata mereka yang terkenal

لا يصبح المرء رجلا حتى يكون هو يولد مرتين، من بطن أمه فاصبح طفلا حسيا، ومن يد شيخه فأصبح طفلا معنويا

Maksudnya: "Seseorang mukmin itu tidak akan jadi seorang sufi sebenar, sehingga dia diperanakkan dua kali. Kelahiran pertama dari perut ibu menjadi tiflun hissiyyun. Kelahiran kedua dari asuhan guru mursyid menjadi tiflun ma'nawiyyun."

Maksudnya, dalam disiplin ilmu dan amalan tariqat, seorang murid dengan adanya limpahan nur warid yang Allah limpahkan dari rohani syekh mursyidnya terus ke ruang hatinya, maka hati dan pelbagai aspek rohani murid mula berubah dari gelap menjadi bercahaya dari mati jadi hidup dan sedar.

Dari sudut perubahan awal yang berlaku inilah maka rohani murid tersebut dikatakan baru dilahirkan sebagai bayi ma'nawi.


4. AHLI TARIQAT DENGAN ADANYA PIMPINAN SYEIKH MURSYID MEREKA MUDAH MENUMPUKAN PERHATIAN ZAHIR DAN BATIN KEPADA ALLAH SEMATA-MATA. PERJALANAN MEREKA LANGSUNG KEPADA ALLAH, MENINGGALKAN SEMUA MAKHLUK OLEH KERANA DEMIKIAN MEREKA AKAN CEPAT SAMPAI 

Beginilah perjalanan yang betul kepada Allah. Tanpa guru biasanya perjalanan seseorang berlegar-legar sekitar perkara-perkara yang kurang penting dan menghalang untuk sampai kepada Allah.

Marilah kita runungkan wasiat ibnu Athallahi

لا ترحل من كون إلى كون كحمار رحي المكان الذي ارتحل إليه هو الذي ارتحل منه ولكن ارحل من الأكوان إلى المكون فإن إلى ربك منتهی

Maksudnya : janganlah anda sentiasa berpindah dari satu makhluk ke satu makhluk yang lain, nanti perjalanan anda menjadi seperti perjalanan keldai yang mengisar gandum, tempat yang dituju ialah tempat permulaan ia jalan (tidak akan sampai ke mana-mana) hendaklah anda berhijrah dari seluruh makhluk kepada perciptanya iaitu Allah kerana Allah berfiman yang bemaksud Sesungguhnya perjalanan hisup kamu adalah Allah"

Syeikh mursyid dengan tujuan agar para muridnya segera sampai kepada Allah dan keredhaan-Nya, maka mereka diajar doa munajat yang wajib dihayati selalu

إلهي أنت مقصودي ورضاك مطلوبي

Maksudnya "Ya Allah, ya Ilahi, engkaulah sahaja yang menjadi tujuan hidup matiku, ke reredhaan-Mu yang aku cari"

Maksud sampai kepada Allah dapat dilihat dari pelbagai sudut

a. Seseorang yang sampai di tingkat seperti yang disebutkan dalam hadis.

b. Ilmu dan katahaman tauhidnya ditungkatkan oleh Allah ke tingkat ma'rifah 

c. Berada dalam keadaan musyahadah

d. Berada dalam keadaan baqa'billah.


5. DENGAN ADANYA SYEIKH MURSYID, PENGAMAL TARIQAT TASAUWUF DAPAT MELAKUKAN SATU SUNNAH YANG BIASANYA TIDAK DILAKUKAN OLEH MEREKA YANG TIDAK BERTARIQAT IAITU SUNNAH YANG BERKAITAN DENGAN AMALAN BAIAH (SATU DISIPLIN AKUJANJI HATI KEPADA ALLAH UNTUK TEGUH ISTIQAMAH BERTAKWA DAN TAWAKKAL KEPADA ALLAH, MELALUI BIMBINGAN DAN PENGAWASAN SYEIKH MURSYID).

Ba'ah berasal dari amalan sesetengah sahabat yang telah melakukan ba'ah kepada Rasulullah SAW.tujuannya adalah untuk mengukuhkan iman dan himmah atau tekad dan keazaman untuk sentiasa istiqamah bertakwa dan tawakkal sebaik baiknya.

Sesetengah sahabat yang telah bertaubat di bawah bimbingan Rasulullah SAW masih merasakan sentiasa bimbang kalau-kalau tercebur semula ke lembah maksiat. Sesetengah pula merasa lemah iman dan himmah (keazaman) untuk bertahan dalam kebaikan. Keadaan ini mendorongkan mereka untuk menemui Rasulullah SAW dan melakukan akujanji (berbai'ah).

Ketika mereka berbai'ah antara lain yang mereka ikrarkan ialah mereka tidak akan buat apa yang dilarang dan sentiasa melakukan apa yang disuruh oleh Allah. Antara berbagai ba'ah yang dilakukan oleh sahabat ada diabadikan di dalam al-Quran, firman Allah bermaksud:

إن الذين يبايعونك إنما يبايعون الله يد الله فوق أيديهم فمن نكث فإنما ينكث على نفسه ومن أوفي بما عاهد عليه الله فسيؤتيه أجرا عظيما 

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang berbai'ah kepada engkau itu (ya Muhammad) pada hakikatnya mereka berbai'ah kepada Allah. kekuasaan Allah mengatasi kekuasaan mereka. Jika mereka melanggar akujanji maka akibat buruknya kembali kepada mereka. Jika mereka menunaikan akujanji mereka kepada Allah, Allah akan kurniakan kepada mereka pahala yang besar"
Surah Al-Fath :10

Bai'ah yang dilakukan oleh seseorang murid kepada syeikh mursyidnya yang tersebut adalah salah satu mekanisma yang biasanya dapat memberi kekuatan zahir dan batin seseorang pengamal tariqat untuk stiqamah menjadi hamba Allah sebaik-baiknya. Mekanisma tersebut tidak ada pada mereka yang tidak bertariqat. Oleh yang demikian orang yang tidak bertariqat lebih terdedah untuk terjerumus kepada kejahatan dan kerosakan.


6. SERENTAK DENGAN MAJLIS BAIAH, MAJLIS TALQIN DILAKUKAN OLEH SYEIKH MURSYID ATAU WAKILNYA. SYEIKH MURSYID ATAU WAKILNYA AKAN TALQINKAN PELBAGAI ASPEK AMALAN TARIQAT TASAUWUF KEPADA SESEORANG INDIVIDU ATAU SEKUMPULAN ORANG RAMAI.

Talqin bermaksud Syeikh Mursyid mengajarkan kaedah zikir, syarat-syarat zikir, adab-adab zikir, niat dan doa munajat yang berkaitan kepada seseorang individu atau sekumpulan individu yang mahu beramal dengan amalan tariqat.

Walaupun pada zahirnya talqin kelihatan seperti amalan biasa, namun realitinya ianya bukan amalan biasa. Talqin tersebut adalah merupakan sunnah mutabaah khusus yang hanya Syeikh Mursyid atau wakilnya sahaja boleh lakukan

Talqin mula dilalukan oleh Rasulullah SAW dengan mentalqinkan amalan zikir dan pebagai aspeknya kepada sesetengah sahabat

Misalnya baginda SAW pernah mentalqinkan zikir tahlil (لا اله الا الله) kepada Ali RA.Setengah riwayat Rasulullah SAW menyebutkan

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لا إله إلا الله ثلاثة مرة مغمضا عينيه رافعا صوته وعلي يسمع

Maksudnya: Maksudnya "Rasulullah SAW menyebutkan Laila haillalah tiga kali sembil memejamkan dua mata dan meninggikan suara, Saidina Ali mendengarnya.

(Hadith Musalsal ini berasal dari Saidina Ali diriwayatkan oleh al-Tibrani dan al-Bazzar dengan para sanad yang hasan)('isa 'abd Al-Qadir,haqaiq 'an at-tasawwuf, h 84-85)

Dari hadith di atas kita dapat saksikan dengan terang bagaimana Rasulullah SAW telah mentalqinkan atau mengajarkan atau membai'ahkan Saidina Ali amalan zikir tahlil lisan لا اله الا الله

Zikrullah yang ditalqinkan seperti inilah yang diisatilahkan sebagai zikir darjat iaitu dipelajari secara tertentu, diamalkan dengan cara tertentu dilengkapkan dengan pelbagai adab-adab sebelum berzikir, sedang berzikir sesudah berzikir dan sebagainya.

Rasulullah SAW juga pernah mentalqinkan zikir tahlil secara beramai-ramai serentak. Ya'li bin Shaddad pernah menceritakan bahawa ayahnya (Shaddadi) pernah berkata maksudnya:

Maksud: "Kami sedang bersama-sama Rasulullah SAW, baginda bertanya Adakah di kalangan kamu ada orang asing (seseorang ahli kitab) Kami pun menjawab Tidak ada orang asing ya Rasulullah Maka baginda pun menyuruh kami  supaya menutup pintu seraya bersabda: Angkatlah tangan tangan kamu dan sebutlah La ilaha illalah. Maka kami pun mengangkat tangan kami sambil kami menyebutkan la ilaha illallah"

Jelas sekali, tariqat memang disyari'atkan di dalam Islam Orang yang pertama beramal tariqat ialah Nabi Muhammad SAW, diikuti oleh para sahabatnya. Malahan istilah at-Tariqah itu telah digunakan oleh Nabi SAW dan para sahabat. Konsep tariqat itu sendiri pun telah dijelaskan dengan begitu terang oleh baginda SAW.

Zikrullah yang ditalqinkan seperti inilah yang diistilahkan dalam tasawuf dengan zikir darajat, kerana boleh meningkatkan ilmu iman dan amal seperti yang akan diterangkan nanti.ianya dipelajari secara tertentu diamalan dengan cara tertentu dilengkapkan dengan pelbagai adab-adab sebelum berzikir, sedang berzikir,sesudah berzikir dengan pimpinan Syeikh Mursyid dan sebagainya.


7. DENGAN ADANYA BIMBINGAN SYEIKH MURSYID JUGA, PENGAMAL TARIQAT TASAUWUF MUDAH MELAKUKAN TAUBAT HINGGA BENAR-BENAR BERJAYA MENCAPAI PENINGKATAN TAUBATNYA KE TINGKAT INABAH KEKAL SEBAGAI SEORANG YANG MUNIBUN ILALLAH ( منيب إلى الله)

Taubat merupakan maqam hati atau sifat hati yang pertama, yang menjadi asas bagi lapan maqam hati yang lain.sabar syukur, khauf (takut kepada Allah), roja' (pergantungan hati kepada rahmat Allah), zuhud, tawakkal, redha dan mahabbah. Semua sembilan maqam hati tersebut tersusun secara tertib dimulai dengan taubat, kemudian sabar, syukur dan begitulah seterusnya hingga diakhiri dengan mahabbah. Bila sifat taubat tidak ada,maka sifat-sifat berikutnya tidak akan wujud.

Kita sering dihujani banyak pertanyan yang bernada serupa, kenapakah taubat yang mereka lakukan bersungguh-sungguh tetap gagal. Mereka terus terjerumus ke lembah maksiat semula.

Sesetengah mereka menegaskan bahawa semua langkah dan syarat taubat telah dipenuhi. Malahan untuk menguatkan keazaman, mereka mengerjakan umrah dan memohon keampunan kepada Allah di depan kaabah tetapi  mereka tetap berakhir dengan "taubat cili padi, sesudah taubat buat lagi"

Kesilapan - ada beberapa kesilapan besar yang medjadi faktor penyebab kegagalan taubat mereka iaitu  tidak ada mentor (Syeikh Mursyid) yang memimpin amalan taubat mereka. Malahan perjalanan menuju pada hakikat seorang yang bertaubat samalah seperti seorang yang sedang sesat di hutan belantara yang penuh bahaya dan gelap gelita

Tak mungkin dia akan berjaya mencari jalan keluar dengan selamat tanpa pemandu yang biasa dan mahir di kawasan hutan tersebut, jalan kepada Allah jauh lebih bahaya dan lebih gelap gelita lagi berbanding dengan hutan belantara. Kesilapan ini perlu disedari oleh sesiapa sahaja yang ingin bertaubat.

Faktor mentor (Syeikh Mursyid) dalam amalan taubat memang jarang di dedahkan kepada masyarakat kerana ianya dan kepentingannya hanya ditekankan dalam ilmu dan amalan tasauwuf. Biasanya dalam ilmu dan amalan Tasawuf, mentor (Syeikh Mursyid) di kenali sebagai Syeikh Mursyid (Guru Mursyid). Timbul ungkapan yang terkenal dalam ilmu dan amalan tasawuf "Siapa tidak ada syeikh, syaitanlah Sheikhnya".

Bertaubat tanpa mentor bererti syaitan menjadi pendamping yang tidak kelihatan dan tidak disedari. Akhirnya syaitan berjaya menawan nafsu semula lalu berlakulah maksiat.

Seorang pengamal tariqat tasawwuf, dapat melaksanakan taubat terpimpin. Setiap individu yang bertariat wajib melakukan taubat di bawah pimpinan dan pengawasan yang berterusan dari Syeikh Mursyidnya.

Semasa hidupnya Rasulullah SAW apabila seseorang sahabat melakukan dosa dan dia ingin bertaubat, maka dia akan segera menemui baginda SAW. Di depan baginda SAW dia akan meluahkan penyesalannya mengenai keterlanjuranya dan keazamannya yang bulat mahu bertaubat dan kembali kepada Allah dan keredhaan-Nya. Dia juga merayu baginda SAW agar meminta keampunan untuk dirinya dan mendoakannya supaya Allah curahkan taufik dan hidayatNya. Amalan taubat sahabat tersebut ada diabadikan oleh Allah dalam al-Quran dengan firman:

وما ارسلنا من رسول إلا ليطاع باذن الله ولو أنهم إذ  ظلموا أنفسهم جأؤوك فاستغفروا الله واستغفر لهم الرسول لوجدوا الله توابا رحيما

Maksudnya "Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya dia ditaati dengan izin Allah,dan kalulah mereka ketika menganiaya diri sendiri (kerana melakukan dosa) datang kepadamu (Wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani".
(An-Nisa : 64)

Dari ayat di atas jelas sekali bahawa Rasulullah SAW adalah menjadi kaunselor atau mentor dalam usaha taubat sahabat yang dibimbingnya (mantee). Dapat juga kita ketahui bahawa Islam telah mengajarkan kepada umatnya kepentingan adanya kaunselor atau mentor sejak lahirnya lagi.

8. SEORANG AHLI TARIQAT DAPAT PELUANG KEEMASAN MELAKUKAN SUHBAH TERHADAP STEIKH MURSYIDNYA

Orang yang tidak bertariqat tidak akan mengenal guru pembimbing dan suhbah tersebut.

Wujudnya hubungan intim antara syeikh dengan murid maka lahirlah suhbah. Suhbah dari bahasa bermaksud persahabatan tetapi konsepnya yang sebenar ialah wujudnya hubungan yang intim antara syeikh dengan murid. Intimnya hubungan tersebut samalah seperti intimnya hubungan para sahabat dengan Rasulullah SAW.

Murid sangat kasih sayang dan penuh hormat terhadap syeikh mursyinya yang dianggap sebagai bapa ma'nawi. Begitu juga Syeikh Mursyidnya sangat menyayangi muridnya lebih dari sayangnya terhadap anaknya sebenar.

Konsep suhbah ini sebenarnya bersumberkan daripada apa yang berlaku dalam sirah Rasulullah SAW ketika bersama sahabat. Dalam proses suhbah tersebut apa sahaja sifat zahir dan batin Syeikh akan terlimpah kepada zahir dan batin murid.

Limpahan perbagai kebaikan inilah yang dikenali sabagai al-Barakah (keberkatan). Keberkatan ini asalnya Allah kurniakan kepada nabi SAW yang dikenali sebagai syafaat. Syafaat tersebut terus melimpah kepada para sahabat. Kemudian dan sahabat kepada tabiin, hinggalah sampai kepada generasi kita.

Diriwayatkan oleh Abd Rahman bin 'Uqbah Rasulullah SAW bersabda:

لا يدخل النار مسلم رآني ولا رأى من رآني ولا رأي من رأى من رآني

Maksudnya:" Tidak akan masuk neraka seorang muslim yang melihat aku begitu juga orang yang melihat orang yang pernah melihat aku, begitulah jugaga orang yang melihat orang yang melihat orang yang melihat aku".

Adanya hubungan intim tersebut apabila orang yang bertaubat mahu melakukan sesuatu kejahatan maka ia segera ingat dan terbayang wajah orang alim yang menjadi mentornya. Ingatan dan bayangan wajah mentor seperti ini menjadi rabitah hati meneguhkan iman dalam hati dan minda yang membantu memperluaskan himmah dan iman untuk mengelakkan kejahatan. Jika ditakdirkan orang yang bertaubat itu terjerumus ke lembah maksiat maka mudah baginya untuk mendapatkan nasihat dan doa supaya ia dapat membetulkan kesilapannya dengan segera.


9. AHLI TARIQAT DAPAT MEMBINA ASAS MUJAHADAH YANG KUKUH DAN SEMPURNA.

Bila sorang pengamal tariqat tasawuf mempunyai lapan element (1 hingga 8 ) seperti yang disebutkan di atas, maka pada hakikatnya ia telah berjaya mengadakan asas mujahadah yang betul lagi kukuh seperti yang ditentukan dalam disiplin tariqat tasawwuf dan diamalkan oleh golongan Sufiyyah.Mujahadah tersebut akan dapat dilakukan dengan mudah penuh keberkatan dan insya Allah mudah tercapai matlamatnya.Mujahadah yang dipimpin oleh syeikh murid adalah merupakan mujahadah yang khusus seperti mujahadah para sahabat dipimpin oleh Rasullah SAW yang akhimya Allah kurniakan pelbagai hikmah dan rahmat. Antaranya Allah akan kurniakan ma'rifatullah. Imam al-Ghazali pernah menegaskan dengan katanya yang terkenal

فأما معرفة الله تعالى وصفاته وأفعاله وجميع ما أشرنا إليه في علم المكاشفة فلا يحصل من علم الكلام بل يكاد أن يكون الكلام حجابا عليه ومانعا عنه

Maksudnya:" Adapun ma'rifatullah mengenai kewujudan-Nya, ma'rifah mengenali sifat-sifatNya, dan semua yang kami terangkan mengenai ilmu mukasyafah tidak akan tercapai menerusi belajar ilmu kalam (tauhid), bahkan belajar terus ilmu kalam sentiasa menghijab dan menghalang daripada mukasyafatullah".


Imam Ghazali menyambung ungkapan katanya yang tersebut dengan menegaskan:

وإنما الوصول إليه بالمجاهدة التي جعلها الله سبحانه مقدمة للهداية حيث قال تعالى

Maksudnya: Untuk mencapai marifatullah mesti melakukan mujahadah (yang khusus yang dikenali dengan mujahadah al Kasyfi wa al-ittila') sebab Allah telah menjadikan mujahadah tersebut sebagai muqaddimah untuk mendapat HidayatNya.

Allah berfirman:

والذين جاهدوا فينا لنهدينهم سبلنا وإن الله لمع المحسنين

Maksudnya: Dan mereka yang bersungguh-sungguh bermujahadah di jalan mengenal Kami, nescaya Kami sentiasa hidayatkan mereka jalan-jalan mengenal kami itu. Sesungguhnya Allah berserta dengan golangan muhsinin." (Surah Al-Ankabut ayat 69)

Abdullah bin Abbas RA telah menafsirkan ayat tersebut dengan menambahan satu kalimah iaitu kalimah makrifah. Maka jadilah tafsiran ayat tersebut:

والذين جاهدوا فينا (معرفتنا) لنهدينهم سبلنا (سبل معرفتنا) وإن الله لمع المحسنين

Maksudnya: "Dan mereka yang bersumpah bersungguh-sungguh bermujahadah di jalan mengenal Kami (mendapatkan ma'rifah kami) nescaya kami sentiasa hidayatkan mereka jalan-jalan mengenal kami itu (ma'rifah Kami). Sesungguhnya Allah berserta dengan golongan muhsinin".

Mujahadah Al-Kasyf Wa Al-Ittila'

Mujahadah yang khusus tersebut diistilahkan dengan Mujahadah al-Kasyfi wal-ittila' iaitu mujahadah yang berakhir dengan Allah angkatkan berbagai hijab hati,roh dan site sehingga matahati dan roh akan dapat melihat ayat-ayat Allah di alam malakut (hakikat kejadian).

Berkaitan dengan kemungkinan berlakunya kasyaf telah disebut oleh Allah dalam firmanNya:

لقد كنت في غفلة من هذا فكشفنا عنك غطاءك فبصرك اليوم حديد

Maksudnya: "Sesungguhnya kamu lalai dari peringatan Allah, maka kami kasyafkan pelbagai hijab,maka pandangan mata hati kamu ketika itu tajam dan tembus (dapat melihat hakikat kejadian di alam malakut)"
(Surah Al-Qaf Ayat 22)

Menurut Ibnu Khaldun, orang yang melakukan mujahadah di peringkat ini terus menerus aspek rohaninya akan menjadi kuat dan aspek jasmaninya akan menjadi lemah, akhirnya aspek rohaninya cukup kuat dan jasmaninya cukup lemah maka orang tersebut boleh dipanggil sebagai insanun ruhiyyun atau manusia roh semata mata.

Ketika itulah pandangan mata hati dan roh nampak dengan jelas berbagai hakikat kejadianNya di alam malakut.

10. AHLI TAREKAT DAPAT MEMPELAJARI MEMAHAMI DAN MENGAMALKAN KETIGA TIGA ASAS AGAMA ISLAM YAITU ISLAM, RUKUNNYA LIMA: IMAN RUKUNNYA ENAM: DAN IHSAN YANG NABI SEBUT DENGAN SABDANYA

الإحسان أن تعبد الله كأنك تراه فإن لم تكن تراه فإنه يراك

Maksudnya "Ihsan ialah anda beribadat kepada Allah seolah-olah melihatNya, jika tidak melihat-Nya, sesungguhnya Allah melihat anda"

Dapat menyempurnakan kewajipan mempelajari ketiga-tiga ilmu yang di fardhukan ke atas tiap-tiap mukallaf iaitu ilmu tauhid, ilmu fiqih dan ilmu tasawuf (ilmu ihsan).

Dengan ini maka syariat yang zahir dan syariat yang batin dapat difahami dan diamalkan serentak. Ilmu tasawuf atau ilmu ihsan adalah berkaitan dengan syariat yang batin yang dianggap sebagai nyawa bagi tubuh badan.

Selalu juga disebut syariat yang zahir itu dengan istilah syariat. Sedangkan syariat yang batin itu selalu disebut sebagai hakikat. Misalnya perintah Allah menunaikan solat yang disebut dalam firman-Nya

وأقم الصلاة لذكري

Maksudnya:"... dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku".

Amalan solat adalah syariat, ingat Allah dalam solat adalah hakikat.

11. AHLI TARIQAT DENGAN ADANYA SUHBAH DAN BIMBINGAN SYEIKH MURSYID, MAKA SEORANG AHLI TARIQAT AKAN LEBIH MUDAH UNTUK MENCAPAI DARJAT IHSAN.

Sebaliknya seorang yang tidak bertariqat tidak ada syeikh mursyid, tentu sangat sukar untuk mencapai darjat ihsan. Darjat Ihsan seperti yang disebutkan dalam hadis di atas.

Oleh sebab itulah maka Syeikh Mohammad Zakaria al-Kandahlawi dalam kitabnya Al Syari'ah wat-Tariqah mendefinisikan:

الطريقة هي الطريقة التي يمكن بها الوصول إلى درجة الإحسان

Maksudnya: "Tariqat adalah jalan yang menyampaikan  (sesorang mukmin)ke darjat ihsan...."

Tanpa tariqat seseorang mukmin tidak akan dapat mencapai darjat ihsan atau darjat tasawuf. Tariqat adalah merupakan amalan yang asas dan terpenting bagi ilmu tasawuf yang tidak boleh dipisahkan. Bila seseorang belajar ilmu tasawwuf, maka wajib bertariat. Syeikh Abu al-Qasim al-Junayd al Baghdadi
(W 297 H) berkata:

ذكر الله رکن قوي في هذا العلم بل لا يصل أحد إلى الله إلا بدوام الذكر

Maksudnya: zikrullah adalah rukun yang penting dalam ilmu tasauwuf ini, bahkan seseorang tidak akan sampai kepada Allah (makrifah-Nya) kecuali dia sentiasa dalam keadaan kekal berzikrullah"

12. AHLI TARIQAT, ALLAH KASYAFKAN PELBAGAI HIJAB YANG MENUTUPI PANDANGAN HATI PANDANGAN ROH DAN PANDANGAN SIRR MEREKA, HINGGA BERJAYA DAPAT MELIHAT AYAT-AYAT ALLAH DI ALAM MALAKUT.

Sekurang-kurangnya ada ilmu hijab yang menutupi dan menggelapkan pandangan hati iaitu:

1. Hijabul Kawn,

2. Hijabul Syahwat

3. Hijabul Ghaflah

4. Hijabul Maksiyyah

5. Hijabul Syaitan

Contoh orang yang telah dikasyafkan oleh Allah dengan berbagai hijab yang tersebut ialah golongan Ulul Albab. Firman Allah:

إن في خلق السماوات والأرض واختلاف 
الليل والنهار لآيات لأولي الألباب

Maksudnya: "Sesungguhnya di dalam (alam malakut) kejadian yang di langit dan juga (alam malakut) kejadian yang di bumi dan di dalam malakut peredaran masa malam dan siang terdapat ayat-ayat Allah yang dapat dilihat oleh pandangan hati (basirah) golongan Ulul Albab".

Allah kasyafkan pelbagai hijab hati mereka disebabkan mereka sentiasa berzikir dan bertafakur.

Firman Allah:

الذين يذكرون الله قياما وقعودا وعلى جنوبهم ويتفكرون في خلق السماوات والأرض ربنا ما خلقت هذا باطلا سبحانك فقنا عذاب النار

Maksudnya: "Ulul Albab itulah mereka yang sentiasa berzikrullah dalam apa jun keadaan hidup mereka berdiri duduk dan berbaring sambil mereka berzikir mereka bertafakur terhadap ayat-ayat Allah yang terdapat dalam semua kejadian dilangit dan di bumi (akhirnya Allah kasyafkan berbagai hijab hati lalu pandangan hati mereka nampak ayat-ayat Allah yang tersirat dalam kesemua kejadian)

Sesudah itu mereka pun berkata "ya Tuhan Kami barulah kami tahu apa jua kejadian yang Engkau jadikan tidak kosong tetapi penuh hikmah yang menunjukkan kewujudan-Mu, keagungan-Mu dan kesempurnaan-Mu. Maha Suci Allah peliharalah kami daripada api neraka". 
(Ali-Imran,191)

13. AHLI TARIQAT AKAN DAPAT PENGALAMAN DIFANA'KAN OLEH ALLAH.

Apabila seorang ahli tariqat kekal terus menerus berzikrullah sehingga benar-benar tenggelam dalam zikrullah sampai ke tingkat yang dilalui oleh golongan as-Sabiqun atau Mufarridun maka ketika itu ahli tariqat tersebut akan dikurniakan oleh Allah pengalaman rohani seolah-olah melihat Allah (كانك تراه) sebagaimana yang disebutkan dalam hadis tentang ihsan di atas.

Syarat seseeorang yang difana'kan oleh Allah, menurut pandangan syelkh Abu al-Qasim Junaidi Baghdadi (w.297 H) ada tiga syarat:

1. Hati tengelam dalam zikrullah

2. Akhwal qalbiyyah mesti baik dan terpuji.

3. Maqamat qalbiyyah juga baik dan terpuji.

Menerusi amalan zikrullah dalam mana-mana tariqat, dapat memperbaiki hal keadaan hati dan sifat-sifat hati (maqamat qalbiyyah).

PENGALAMAN NABI MUSA A.S.

Contoh seseorang yang difana'kan oleh Allah berlaku pada diri nabi Musa AS, sesudah beliau tamat menjalani masa beruzlah dan berkhalwat di Bukit Tursina, Allah fana'kan seperti yang Allah sebutkan di hujung ayat 143 surah al- A'raf.

Firman Allah

فلما تجلى ربة للجبل جعله دگا وخر موسی صعقا فلما افاق قال سبحانك ثبت إليك وانا اول المؤمنين

Maksudnya: Maka apabila Tuhannya menzahirkan (ayat-ayat atau dalil-dalil) yang menunjukkan wujudnya zat-Nya, maka jadilah bukit Tursina tu hilang dalam pandangan nabi Musa. Dan Nabi Musa merasa (wujud dirinya pun hilang) lalu beliau jatuh tersungkur menjadi fana. Apabila fana'nya berakhir, beliau segera berkata: Maha suci Engkau ya Allah,aku serah diriku zahir dan batinku untuk menjadi hamba-Mu Dan aku rasa inilah titik permulaan aku mukmin sebenar".


PROSES PENGALAMAN NABI MUSA AS. YANG DISEBUTKAN DALAM AYAT 43 SURAH AL-A'RAF

1. Pendengaran nabi Musa AS dihilangkan oleh Allah secara beransur-unsur sehingga beliau tidak mendengar suara apa pun.

2. Daya penglihatan nabi Musa AS juga dihilangkan oleh Allah sehingga beliau tidak nampak lagi Bukit Thursina dan sekitanya

3. Daya dan kekuatan tubuh badan nabi Musa AS juga dihilangkan oleh Allah sehingga baginda menjadi lemah Selemah lemahnya

4. Rasa kewujudan diri pun dihapuskan oleh Allah,

5. Nabi Musa AS pun jatuh tergolek dalam keadaan fana

Penjelasan Penting : Nabi Musa AS ketika dalam keadaan fana tersebut mengalami pengalaman seperti yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadith tentang ihsan

الإحسان أن تعبد الله كأنك تراه...

Maksudnya : "Ihsan ialah anda beribadat kepada Allah kepada Allah seolah-olah anda melihatNya" 

Apabila Allah tamatkan keadaan fana' nabi Musa AS tersebut dengan firman-Nya

فلما أفاق قال سبحانك تبت اليك وانا أول المؤمنين

Maksudnya: "...Apabila fana'nya berakhir, beliau segera berkata; Maha suci Engkau ya Allah, aku serah diriku zahir dan batinku untuk menjadi hambaMu dan aku rasa inilah titik permulaan aku mukmin sebenar" 

Selepas fana' maka nabi Musa AS akan merasa seperti yang Rasulullah SAW sebut di akhir hadithya tentang ihsan

فإن لم تكن تراه فإنه يراك

Maksudnya: "jika anda tidak melihatnya sesungguhnya Allah melihat anda"

Di peringlat terakhir ini nabi Musa AS berada dalam keadaan Baqa' billah. 

14. AHLI TARIQAT SESUDAH DIFANAKAN, MAKA MEREKA AKAN DILETAKKAN OLEH ALLAH DALAM KEADAAN BAQA' BILLAH.

Nabi Musa AS yang telah menerima ma'rifatullah dan telah disampaikan oleh Allah hakikat pendengarannya hakikat penglihatannya, hakikat daya dan kekuatan tubuh badannya dan hakikat kewujudan dirinya, maka Allah letakkan nabi Musa AS sentiasa merasa seluruh pendengarannya, penglihatannya, daya kekuatannya, gerak gerinya percakapannya kewujudan dirinya semata-mata dengan qudrat dan iradah Allah. Baginda sentiasa merasa segala-galanya dalam kehidupan diri dan makhluk adalah hakikat Allah

Seorang ahli tariat yang telah difana'kan oleh Allah dan kemudian diletakkan oleh Allah dalam keadaan baqa'bilat menjadi seorang hamba Allah yang benar-benar duduk dalar hakikat menjadi hamba Allah yang disayangi oleh Allah dan sentiasa bermuraqabah terhadap kewujudan Allah, keagungan Allah dan kesempurnaan Allah.

Seorang yang berada dalam keadaan baqa'billah sentiasa berada dalam kesedaran, segala diam dan gerak makhluk apa juga yang telah berlaku sedang berlaku dan akan berlaku dengan tadbir, kudrat dan iradat Allah semata-mata, seperti yang dhebut dalam hadith qudsi:


بي كان ما كان بي يكون ما يكون

Maksudnya: "Dengan Aku (dengan qudrat dan iradahku) apa yang telah berlaku dan apa yang sedang berlaku dan akan berlaku".


15. AHLI TARIQAT DIKURNIAKAN OLEH ALLAH MUSYAHADAH.

Maksud musyahadah ialah pandangan hati (basirah) atau pandangan roh semasa pelbagai hijabnya dikasyafkan oleh Allah, nampak hakikat kejadian di alam malakut.

Sesetengah orang sufi mendefinisikan musyahadah dengan:


المشاهدة هي رؤية الحق ببصيرة القلب من غير شبهة كأنه رأه بالعين

Maksudnya "Musyahadah ialah melihat hakiket ayat-ayat Allah dengan mata hati, tanpa apa-apa kesamaran atau keraguan seolah-olah orang tesebut melihatrya dengan mata kepala" 

Syeikh Jirjani mendefinasikan musyahadah dalam kitabnya at-Takrifat halaman 274:

Maksudnya :"Melihat hakikat ayat-ayat Allah di dalam pelbagai kejadian..."

Kedua dua definasi tersebut adalah benar, namun kedua duanya merupakan ungkapan yang mutasyahbihat yang wajib ditakwilkan supaya selaras dengan kehendak tauhid ASWI.


المشاهدة هي رؤية آيات الحق بصيرة القلب من غير شبهة كأنه رآها بالعين


Maksudnya "Munyahadah adalah melihat ayat-ayat Allah dengan mata hati, tanpa apa-apa kesamaran atau keraguan seolah-alah orang tesebut melihat ayat-ayat Allah dengan mata kepala."
.....روية أسأت الحق في الأشياء....

Maksudnya "musyahadah adalah melihat ayat-ayat Allah dalam pelbagai kejadian..."

Dengan demikian maka kita juga dapat membetulkan kekeliruan yang terdapat dalam kitab-kitab lama atau kitab kuning yang menegaskan iman musyahadah ialah iman seseorang dimana mata hatinya melihat Allah. Apa yang sebenarnya adalah mata hati melihat ayat ayat Allah.

Roh Yang Musyahadah

Bagi meyakinkan kita bahawa roh yang musyahadah kita mesti fahami 4 bakat dalam aspek rohani manusia yang digunakan untuk menimba ilmu mengenal Allah

1. Pertama: akal ( dibantu oleh penglihatan mata dan pendengaran telinga). Peranannya menerima kebenaran pelbagai perkara yang masuk akal (al-'aqli lil-ma'qulat).

2. Dua, hati (qalb), peranannya memahami kebenaran pelbagai perkara yang sukar atau yang tidak boleh diterima oleh akal (al-qalb lil-mafhumat).


3. Ketiga: roh peranannya untuk musyahadah (al-ruh lil-musyahadah).

4 Keempat: sir untuk menerima tajalli (al-sir li-tajalliyat).


Musyahadah Roh Kali Pertama


Musyahadat roh telah berlaku semasa roh belum ditiupkan ke dalam jasad sebagaimana yang dijelaskan dalam al-Quran, al-Araf ayat 172

وإذ أخذ ربك من بني آدم من ظهورهم ذريتهم وأشهدهم على انفسهم الست بربكم قالوا بلى شهدنا أن تقولوا يوم القيامة إنا گنا عن هذا غافلين

Maksudnya "ingatlah kamu ketika Tuhan kamu Allah mengambil zuriat anak-anak Adam dari tulang sulbi bapa-bapa mereka, Allah memerintahkan para roh manusia supaya naik saksi, dengan firman Nya: Tidakkah Aku ini Tuhan kamu?Maka para roh menjawab : bahkan Engkaulah Tuhan kami, kami saksikan.Agar kamu di hari akhirat nanti (tidak berdalih dengan alasan kononnya) kami lupa sepenuhnya tentang penyaksian itu".

Berdasarkan ayat di atas kita dapat musyahadah adalah penyaksian ruh terhadap Allah sebagai Tuhan. Roh kenal hakikat Allah sebenarnya dan terus berada dalam musyahadah terhadap Allah.


-Kredit-